Tuesday, February 25, 2014

pas dan umno menentang menentang firman surah Al-Maidah


Allah berfirman"…Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (“awliya”, pimpinan, ikutan), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya(awliya.pimpinan,ikutan), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (maksudnya 100% terkeluar daripada menjadi umat Islam) mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim…” [ Al-Maidah : 51 ]

pas punya majlis syura


Sunday, February 9, 2014

Fenomena majlis selawat


Bismillah ,

 Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat : “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dalam Musnad-nya)

 Dari Abi Malik Al Asy’ari dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sesungguhnya akan ada sebagian manusia dari umatku meminum khamr yang mereka namakan dengan nama-nama lain, kepala mereka bergoyang-goyang kerana alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita, maka Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan menjadikan sebagian mereka kera dan babi.” (HR. Bukhari)

Dari Abi ‘Amir --Abu Malik-- Al Asy’ari, dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam beliau bersabda : “Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan alat-alat muzik ” (HR. Bukhari 10/51/5590-Fath).

Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya saya tidak melarang (kamu) menangis, tapi saya melarangmu dari dua suara (yang menunjukkan) kedunguan dan kejahatan, iaitu suara ketika gembira, iaitu bernyanyi-nyanyi, bermain-main, dan seruling-seruling syaitan dan suara ketika mendapat musibah, memukul-mukul wajah, merobek-robek baju, dan ratapan-ratapan syaitan.” (Dikeluarkan oleh Al Hakim, Al Baihaqi, Ibnu Abiddunya, Al Ajurri, dan lain-lain)

Dari Ibnu Abbas, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bagiku --atau mengharamkan-- khamr, judi, al kubah (gendang), dan seluruh yang memabukkan ialah haram.” (HR. Abu Dawud, Al Baihaqi, Ahmad, Abu Ya’la, Abu Hasan Ath Thusy, Ath Thabrani)

Dari ‘Imran Hushain ia berkata : Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Akan terjadi pada umatku, lemparan batu, perubahan bentuk, dan ditenggelamkan ke dalam bumi.” Dikatakan : “Ya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, bilakah hal itu akan terjadi?” Baginda menjawab : “Jika telah tersebarnya alat-alat muzik, banyaknya penyanyi wanita, dan diminumnya khamr-khamr.” (Dikeluarkan oleh Tirmidzi, Ibnu Abiddunya, dan lain-lain)

 "Pasti akan ada golongan daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma‘azif (alat bunyi-bunyian)" (Hadis sahih, riwayat Al-Bukhari).



nik aziz berbohong atas nama rasulullah s.a.w