Sunday, March 16, 2014

Jamaah orang islam yang sebenar


Bismillah

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)


Rasulullah telah bersabda.“Barangsiapa yg berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi s.a.w.). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendiri.” (H.R At-Thabarani).
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:(3) “Sesungguhnya Allah itu ridho kepada kamu pada tiga perkara dan benci kepada tiga perkara. Adapun (3 perkara) yang menjadikan Allah ridho kepada kamu adalah:
1). Hendaklah kamu memper ibadati-Nya dan janganlah mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun,
2). Hendaklah kamu ber pegang-teguh dengan tali Allah seraya berjama’ah dan janganlah kamu berfirqoh-firqoh,
3). Dan hendaklah kamu senantiasa menasihati kepada seseorang yang Allah telah menyerahkan kepemimpinan kepadanya dalam urusanmu.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:“Jama’ah itu rahmat dan berfirqah itu adzab.” (HR.Ahmad)
Rasulullah bersabda;"...Demi Rabb yang diriku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk nereka. Sahabat bertanya, golongan mana yang selamat? Nabi saw menjawab, Mereka adalah jamaah". - HR Ibnu Majah.



No comments:

Post a Comment