Dedaun Masa
BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIIM ... untuk renungan bersama...
SAMA KE PARTI DENGAN JAMA’AH?
SAMA KE PARTI DENGAN JAMA’AH?
PARTI adalah sub sistem demokrasi. Yang mana tanpa parti maka tiadalah demokrasi sebab wakil yg dilantik oleh setiap partilah yang akan memungkinkan berlakunya pertandingan mendapatkan kekuasaan.
Jika demokrasi itu kita tolak ia sebagai suatu sistem yang bukan dari Islam, jadi mengapa kita MEMBENARKAN/MENGHALALKAN parti yang merupakan sub-sistemnya?
Ya, sebab kita menyamakannya dengan JAMAAH.
Dalam lain perkataan, kita cuba ‘MENGISLAMKAN’ sub-sistem tersebut.
Ya, sebab kita menyamakannya dengan JAMAAH.
Dalam lain perkataan, kita cuba ‘MENGISLAMKAN’ sub-sistem tersebut.
SAMA KE PARTI DENGAN JAMAAH?
Parti bukan dari bahasa Arab tapi bahasa Inggeris, dari kata asal PART bererti PECAHAN atau BAHAGIAN. Sifat parti ialah ianya TERBENTUK DARIPADA SUATU HIMPUNAN sesuai dengan maknanya: PECAHAN. Ia tercetus dari akal fikiran manusia, lahir dari sistem induknya iaitu demokrasi dan bukan dari sistem yang dibawa Rasul. Melalui parti, manusia dipisah-pisahkan oleh fahaman masing-masing yang berbeza . ‘Keahlian’ parti diikat dengan mereka yang mempunyai agenda/cita-cita duniawi yg sama.
Al Jamaah berasal dari perkataan JAMA’, ia bermaksud HIMPUNAN. Sifat jamaah ialah ia TERBENTUK DARIPADA LERAIAN/PECAHAN kepada suatu kesatuan. Dalam lain perkataan, daripada berpecah/berserak kepada bersatu, melalui lafaz syahadah(sesuai dengan sabda Rasulullah SAW bahawa setiap yang Islam itu bersaudara). Ia lahir dari syariat ALLAH dan bukan dari cetusan fikiran manusia/sistem buatan manusia bahkan sebelum tertegaknya daulah pun, jamaah lebih dulu dibentuk Rasulullah SAW. Pembentukan jamaah ini berterusan menjadi sebahagian daripada syariat/sistem ALLAH dan Rasul setelah itu.
Melalui jamaah, yang terpisah darinya hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan orang-orang beriman. ‘Keahlian’ jamaah itu tidak diikat oleh cita-cita duniawi dan agenda yang sama sebagaimana ‘keahlian’ parti. Seseorang itu disebut sebagai berada dalam jamaah selama ia menuruti jalan yang ditempuh nabi dan sahabat seperti yang disabda Rasulullah SAW.
“Al-Jamaah: Iaitu yang mencontohi apa-apa yang aku dan para sahabatku berada di atasnya pada hari ini”.
"Iaitu apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya." (Hadis Hasan riwayat Tirmidzi)
"Iaitu apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya." (Hadis Hasan riwayat Tirmidzi)
Jelas, tiada persamaan antara parti dengan jamaah. Jadi bagaimana pula dengan hizb-hizb @gerakan2 Islam atau parti-parti yang mengatakan mereka wujud untuk menegakkan Islam, dan melabelkan pula golongan mereka dengan label jemaah sekian sekian dan menganggap bahawa mereka itu sedang dalam jamaah?
Lihat terjemahan dan ayat dalam surah ar-Rum..
Allah berfirman“...janganlah kamu termasuk orang-orang musyrik.”
[TMQ Ar-Rum(30) :31]
“Iaitu dari kalangan mereka yang BERPECAH DALAM DEEN MEREKA DAN MEREKA MENJADI BEBERAPA GOLONGAN. Setiap GOLONGAN(HIZB) merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka.” [TMQ Ar-Rum(30): 32]

Dalam ayat ni, ALLAH sebut ’FARRAQU’. Maksud asalnya ialah meninggalkan/berpecah/keluar daripada. Berpecah daripada APA? Meninggalkan/keluar daripada APA? Istilah ni menunjukkan umat pada asalnya berada dalam suatu kesatuan(al-jamaah) dan mereka yang berpecah menjadi bergolong-golongan itu, disifatkan ALLAH sebagai telah mufaraqah(dari jamaah), dan golongan-golongan tersebut ALLAH sebut sebagai HIZB (dalam istilah moden bermaksud PARTI). Dan ayat 32 ni menjelaskan perintah dalam ayat 31, bahawa berhizb-hizb itu termasuk perbuatan mensyirikkan ALLAH.
Jika berhizb-hizb itu dinilai ALLAH sebagai telah mufaraqah dari Jamaah dan termasuk dosa syirik, jadi dimana persamaan parti jemaah yg mcm2 jenama dan Al jamaah?
Kedua-duanya mempunyai status yang amat berbeza. Berjamaah itu WAJIB sedangkan berhizb itu SYIRIK.
Lain-lain nas yang boleh dirujuk..
Allah SWT berfirman;“Dan sesungguhnya inilah umat kalian, UMAT YANG SATU. Dan Aku Rabb kalian, maka takutlah kalian kepadaku.” [Al Mukminun(23):52]
“Kemudian MEREKA TERPECAH BELAH DALAM URUSAN NYA MENJADI BEBERAPA GOLONGAN. Setiap GOLONGAN(HIZB) bangga dengan apa yang ada pada mereka.” [Al Mukminun : 53]
“Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA sampai waktu yang ditentukan.”
[Al Mukminun : 54]
“Sesungguhnya inilah umat kalian, UMAT YANG SATU. Dan Aku adalah Rabb kalian, maka beribadahlah kepadaKu.” [TMQ Al-Anbiya'(21):92]
“Dan mereka telah BERPECAH-BELAH dalam urusan di antara mereka. Setiap mereka itu akan kembali kepada Kami”. [TMQ Al-Anbiya'(21):93]

Sebutan ‘UMMATAN WAAHIDAH’ dalam ayat diatas juga indikator/qarinah bahawa umat pada dasarnya telah berada dalam SATU KESATUAN. Sebutan ‘KULLU HIZB’ menunjukkan bahawa TIADA PENGECUALIAN, tiap yang berpecah yang bergolong-golongan itu adalah suatu KESESATAN tanpa mengambil kira apa pun jua asas perjuangannya, label atau jenamanya.
Jelas, usaha MENGISLAMKAN parti adalah tertolak sama sekali. Sekalipun tidak digunakan nama parti, atau menggelar golongannya sebagai jamaah sekian-sekian, atau tidak masuk bertanding dalam pilihanraya, menjadi bergolong-golongan itu telah tertolak.
Ya, satu-satunya dalil yang selalu sangat digunakan untuk mewujudkan parti atau (sub)jamaah adalah yang berikut,
“Dan hendaklah diantara kamu SEGOLONGAN orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Ali Imran : 104]
“Dan hendaklah diantara kamu SEGOLONGAN orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
[Ali Imran : 104]
Tidak mungkin ayat2 Allah itu bercanggah dan bertentangan satu sama lain. Mustahil Allah sebut bergolong-golongan itu sebagai sesat tapi pada masa yg sama memerintahkan untuk bergolong-golongan pula dalam menyampaikan dakwah. Jadi lihat semula PADA AYATNYA.
TIDAK TERDAPAT ‘ISTILAH’ DALAM AYAT TERSEBUT YANG NENYEBUT ATAU MEMBAWA MAKSUD ‘GOLONGAN’ atau yang seerti dengan hizb. Perkataan ‘MIN KUM’ yang tersebut dalam ayat BUKAN bererti SEGOLONGAN tetapi sebenarnya bermaksud ‘SEBAHAGIAN DARI KAMU’. Ayat tersebut sebenarnya bermaksud,
Allah SWT berfirman:“Dan hendaklah ada daripada kamu SEBAHAGIAN UMAT yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.”
Ertinya dalam ayat ini, Allah TIDAK memerintahkan untuk membentuk suatu hizb untuk melakukan dakwah. Allah hanya memerintahkan SEBAHAGIAN umat Islam melaksanakan tugas dakwah, menyuruh makruf, mencegah mungkar SEBAGAI ENTITI YANG BERSEPADU DALAM JAMAAH dan bukannya sebagai golongan yang berpecah dan terpisah sebab sebutan ‘MIN KUM’ itu langsung tidak membawa pengertian hizb.
Cuba lihat hadis yang berbunyi : ‘An nadzhaafatu MINAL iman’.
(kebersihan itu SEBAHAGIAN daripada iman)
MIN tersebut bermaksud kebersihan itu SEBAHAGIAN daripada entiti yang melengkapkan iman seseorang, dan ia bukan entiti yang TERASING/TERPISAH hingga dapat kita katakan ia sebagai suatu BAHAGIAN YANG LAIN.

Cth lain: Saya adalah SEBAHAGIAN daripada keluarga saya.
AYAT TERSEBUT HANYALAH DALIL UNTUK BERDAKWAH , BUKAN BERGOLONG-GOLONGAN ATAU MEMBINA SUB-JAMAAH ATAU BERPARTI.
Lihat pula perbezaan dari sudut lainnya. Samakah fungsi parti dan jamaah?
Parti berfungsi melantik wakil sebagai AHLI POLITIK untuk bertanding dalam pilihan raya dengan KAPILTASME/DEMOKRASI sebagai sistemnya.
Jamaah berfungsi menyatukan umat dan menaunginya dengan satu pemerintahan yang diketuai KHALIFAH dengan KHILAFAH sebagai sistemnya.

Saya ingin menarik perhatian bahawa tugas Khalifah bukan berpolitik tetapi mengurus kepentingan umat sepertimana maksud hadis,
Rasulullah SAW bersabda;"Bani Israel dahulunya telah DIURUS oleh para nabi-nabi. Apabila seorang nabi wafat, maka digantikan oleh nabi yang lain. Sedangkan tiada seorang nabi pun setelah aku(Muhammad SAW) dan akan ada (yang menguruskan urusan Umat Islam nanti) para khalifah dan bilangan mereka banyak."
[HR Bukhari & Muslim]

Sebutan ‘SIYASAH’ dalam hadis ni dari kata dasar :sasa.. yasus.. siyasatan..
pada asalnya bermaksud URUS.
Khalifah telah disifatkan Nabi SAW sebagai PENGURUS yang MENGURUS UMAT.
Ahli politik telah disifatkan Demokrasi sebagai PEMILIK KUASA yang MENGUASAI UMAT.
Sebagaimana berbezanya parti dan jamaah, maka berbeza jugalah ahli politik dan Khalifah.
Khalifah MENDAPATKAN BAIAH umat dengan DAKWAH .
Ahli politik MENDAPATKAN KUASA dengan MUSLIHAT/HELAH/STRATEGI .

Maka jika kita mengatakan Nabi SAW itu berpolitik, itu tidak benar sama sekali. Jika berparti itu bukan dari Islam dan bukan jalan kenabian, maka menjadi ahli pollitik dan berpolitik juga bukan.
Bagaimana dapat kita samakan sesuatu yang datang dr aqidah kufur itu jalan kenabian? Bagaimana dapat kita samakan KHALIFAH dengan AHLI POLITIK?
Bagaimana dapat kita samakan sesuatu yang datang dr aqidah kufur itu jalan kenabian? Bagaimana dapat kita samakan KHALIFAH dengan AHLI POLITIK?
Bagaimana dapat kita samakan PENGURUSAN UMAT dengan POLITIK?
PARTI > AHLI POLTIK > PEMILIK KUASA > MENGUASAI UMAT.
JAMAAH > KHALIFAH > PENGURUS UMAT > MENGURUS UMAT.
JAMAAH > KHALIFAH > PENGURUS UMAT > MENGURUS UMAT.
SERUPA TAPI TAK SAMA.
Beginilah kafirun mempedaya kita, jika tidak kita ambil POKOKNYA, cukuplah jika diambil DAHAN DAN RANTINGNYA..(maka kita telah pun ikut MILLAH mereka...)
Allah SWT berfirman;“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti
Millah (cara hidup) mereka.” [TMQ al-Baqarah:120].
WALLAHU’ALAM.
Millah (cara hidup) mereka.” [TMQ al-Baqarah:120].
WALLAHU’ALAM.

No comments:
Post a Comment